27 May 2010

diam tak semestinya bodoh, banyak cakap tak semestinya cerdik!


Manusia berbicara setiap masa. bercakap perkara-perkara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. tapi kalau bercakap tak mengikut adab, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Diam orang mukmin itu ibadah, Ibadah tanpa perbuatan, Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat, Yang hatinya didalam kelalaian, Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya, Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat, Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan, Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu, Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan, Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap, Takut dia melakukan kesalahan, Seperti dia mengumpat atau, Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang, Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran, Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu, Baik atau jahat, Dia biarkan saja orang itu bercakap, Dan mendengar sahaja, Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu, Ataupun kecuaian dan kelalaian, Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat, Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan, Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, “Diam-diam ubi berisi”
atau “Diam-diam tong kosong”
atau “diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah
memikirkan kesalahan orang.

Nota kaki: aku bukan jenis orang yang banyak cakap..tapi setiap kali aku bukak mulut nak bercakap, ade je salah. mybe kalau aku bisu baru semua orang senang hati kot...huhuuu~
sudah, semakin ada unsur berbaur ketidak puasan hati disini..stop.
**kredit utk belog mujahidah ansarullah.TQ**

picit LIKE kalau suka ^___^

No comments:

Post a Comment

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::