27 June 2010

Ingat Senang Ke Jadi Cikgu?

Maser interview hari tu, Tuan Haji Guru Besar ada tanya saya "kenapa nak jadi cikgu?"
I just answer: "sebab saya minat dan saya suka kan budak-budak"

Alhamdulillah...
Ini percubaan pertama saya nak jadi cikgu.walaupun sebagai cikgu ganti jer tapi saya pasti gituu yang ia akan memberi seribu satu pengalaman yang cukup manis like candy buat saya :) 

Sekolah yang bertuah tersebut ialah SK Batu Tiga, Kuantan, Pahang. Sebagai seorang cikgu ganti, saya hanyalah menggantikan cikgu yang cuti bersalin sahaja iaitu Cikgu Rafidah. Beliau akan bercuti lebih kurang 40 hari. Tak lama, sebulan lebih je. Tugas saya akan bermula pukul 1.30pm-6.20pm (sesi petang). Jadiiii...tugas-tugas beliau yang perlu saya take over ialah:

1) Guru Kelas 3 UKM
2) Guru Matematik 3 UKM
3) Guru Matematik 3 USM
4) Guru Bahasa Melayu 3 UKM
5) Guru PJK 3 UKM
6) Guru Unit Beruniform PBSM
7) Guru Kelab Matematik
8) Guru Bertugas setiap hari...errr,tak check lagi.haha

Sebagai seorang bekas pelajar Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) bukan Pendidikan sudah tentulah saya tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran sebagai seorang pendidik. Jauh sekali yang bertauliah. Namun, saya berterima kasih kepada mama dan makcik-makcik saya yang juga sebagai guru kerana saya telah di brain wash oleh mereka tentang tugas-tugas ini. Antara nya ialah:

1) Rancangan Mengajar

Setiap hari kene tulis buku rekod rancangan mengajar bagi setiap subjek yang kau ajar. hari jumaat kene hantar kat penyelia petang dan rancangan mengajar untuk hari isnin punye mesti dah kau siapkan. 

2) Bahan Mengajar

Setiap hari kene prepare bahan-bahan yang akan digunakan. contoh: hand-out soalan. lagi bagus kalau prepare untuk seminggu punya hand out. senang sikit, tak payah nak terkejar-kejar sampai tak tahu nak ajar ape kat student. Err,,cikgu zatie..untuk next week punye klas ko tak buat lagi kan? yes. T_______T

3) Register Murid

Budak 9 tahun adalah tidak sama dengan budak 19 tahun-1st year masuk U yang lecturer hanya pass kertas then kau boleh tanda untuk kawan yang tak datang. Attendance diorang kene p check satu-satu kat kelas. Setiap hari, masuk kelas and panggil nama sorang-sorang. Nasib baik klas yang saya dapat ni 35 orang je. Kalau 99 orang macam 4SGP dulu?? T_________T

4) Vokal yang mantap

Menjaga 35 orang kanak-kanak 9 tahun bukan senang ye tuan-tuan,puan-puan sekelian. anda mestilah mempunyai tone suara yang tinggi. jika tidak, suara anda akan tenggelam di sebalik suara murid-murid anda T_______T

Okey, itu saje untuk kali ini..ambik kau..ingat senang ke jadi cikgu ni..  Tapi sumpah, saya really enjoy untuk tugasan ini. Tthe kids make me smile and laugh every day. Tak boleh nak marah..asyik nak tergelak je. sekali sekala ada gak buat-buat marah. lepas tu saya bantai gelak kat belakang.haha..now, lets enjoy the photo.


The Teacher :p

buat-buat kira sebab cakap nak tunjuk kat Guru Besar...hahah!


yang gemok baju merah tu ketua kelas, Al-Mustaqeem..baju biru kat depan dia, Mohd Norman Al-Hafidz...paling klako and chomell~ hehehe

time nie terpaksa belajar dalam bengkel KH sekejap

p/s: banyak lagi photo, boleh check it out kat FB saya okey :)





picit LIKE kalau suka ^___^

08 June 2010

Awak,jadi jiran saya...he he

saya macam dah addict dgn si lutfi nie. he was so creative and....errr, cute! after his 1st video yg sy tgk sempena hari ibu yg sgguh awesome itu. sy jumpe lg video nie. enjoy!




picit LIKE kalau suka ^___^

07 June 2010

selamat hari ibu 2010

nie video si lutfi sempena hari ibu baru2 nie. mmg kreatif la kau dik. ko blajaq katne skg? ade sape2 tau acc facebook dia tak? hehehe





picit LIKE kalau suka ^___^

::Mari Exchange Alamat Rumah::