24 September 2010

He's damn hot!





kenapa kali ini kau benar-benar menggegarkan jantung serta hempedu ku (?)


picit LIKE kalau suka ^___^

22 September 2010

Jiran Tetangga Episod 9: Asma Afifah

Afieyfahz Asma..

Beliau bukan setakat followers saya dekat belogspot. Malah beliau sentiasa follow bontot saya dekat dihati saya. Kami kenal sejak dari sekolah menengah lagi. Kemudian, naik form 4 masing-masing tukar sekolah. Lepas tu macam lost contact kejap. Bumi ini bulat,kitorang ditakdirkan jatuh chenta jumpa lagi dekat UTM. Itu pun after 3 tahun. Who knows kan. Bukan setakat satu kampus, malah satu course lagi. Tambahan pulak, bilik kitorang pun sebelahh je. Kentut pun boleh dengar.Kahkah.



Dari first year sampai lah dah jadi murid tua, saya dengan dia dah banyak lalui macam-macam perkara. Lot's of thing. Tak habis kalau nak cerita satu-satu. Hujan, panas, petir, guruh, kilat, gempa bumi dan tsunami sekalipun.



Lepas dah habis belajar,masing-masing have their own life. Dia kerja dekat Skudai,saya pulak dekat Kelantan. Tak tahu bila pulak aku boleh 'ukur' shopping mall dengan mung lagi (rekod: Jusco Taman U pun boleh lepak sampai 4 jam-padahal beli biskut je pon), walking dari kolej sampai tasik, posing ambik gambar dekat tengah-tengah jalanraya, teman aku makan tengah-tengah malam, story-story pasal 'JGN' dan asyik-asyik ulang tayang cerita dia jalan tengah panas tu.Haha.


Dah la,aku sero nok triok doh ni pasal dok flash back suka-duka,pahit-maung kito dulu T_______T

Semma, thank you for being my good friend. 
Friends come and go,
but I will stay,
as long as you want me
to be your friend...


Love,Zatie

picit LIKE kalau suka ^___^

21 September 2010

Jiran Tetangga Episod 8: Anis Syuhada



"I Write Sins and Tragedies"



Tu diaa punya kata-kata yang korang kan nampak bila buka belog Jiran Tetangga saya yang seterusnya, Cik Anis Syuhada (sedap nama awak).

[flago.jpg]

Gaya penulisan yang very the santai membuatkan saya terus jadi anonymous.Haha. Kalau you ols nak tahu pergi picit dekat Belog dia sekarang and macam-macam yang korang tak tahu,korang boleh tahu. Apakah = ="

btw,thanks a lot Cik Anis sebab sudi follow belog yang ntah apa-apa ni :p
picit LIKE kalau suka ^___^

19 September 2010

Dahulu Lain, Sekarang Lain

Saya ada ramai makcik a.k.a ibu saudara. Belah Puan Mama ada 6 orang, belah arwah Encik Abah ada 5 orang. Semua nya baikhati, pemurah dan gojes. Tapi kali ni saya nak cerita tentang makcik yang agak rapattt dengan saya dari DAHULU SAMPAI SEKARANG, saya panggil mereka sebagai Uda, Chikna dengan Chik. Walaupun mereka berpangkat "makcik" tapi mereka bukan lah macam makcik-makcik yang suka lepak dekat tangga sambil gossip-gossip.bukan macam tu yer... Mereka semua ialah adik-adik Puan Mama saya. Uda anak nombor 6, Chikna nombor 7 dan Chik nombor 8. Bukan kembar 3 ye walaupon muka macam seiras.Hehe. 



Sabtu lepas,sebelum mereka balik ke tempat masing-masing saya sempat keluar shopping dengan mereka bertiga. Kejadian itulah yang membuatkan saya teringat balik memori daun pisang kami lebih kurang 13 tahun lepas dan terus rasa nak conteng kat belog buat kenangan.Hehe. Ketika itu saya masih kanak-kanak ribena. Umur saya pun baru 10 tahun. Masih comel. Mereka bertiga pulak mungkin baru lepas SPM dan STPM masa tu. Disebabkan saya anak saudara pertama mereka, maka boleh dikatakan saya ditatang bagai minyak kelapa laut afrika yang penuh.HAHA


Mereka sangat lah protektif menjaga saya. Ketika Puan Mama saya pergi kerja, maka saya akan ditinggalkan bersama mereka di rumah moktok. Dengan mereka juga lah tempat saya bermanja dan berebut kasih sayang dengan ayahsu.hahaha.


Setiap tahun pada hari jadi saya pula (masa kecik),mereka tak lupa untuk bagi macam-macam hadiah. Baju-bajuan,alat mainan,buku cerita,pensel warna dan sebagainya. Saya juga masih ingat ketika birthday saya yang ke 9 (kot),diorang boleh buat game ala-ala explorace dan tulis clue dekat kertas then suruh saya cari hadiah tu sendiri sampai dapat. Very the penat dan terus nak berputus asa sebab tak jumpa hadiah tu = =" Mane nak jumpa,ada hadiah diorang sorok dalam oven...pfftt


Bila saya dah besar sikit, mereka rajin pulak bawak saya pergi jalan-jalan. Dulu diorang belum ada kereta lagi,kitorang berempat pergi naik bas. Dah lupa mana diorang bawak saya,tapi yang saya ingat saya seronok bila keluar dengan diorang. Berebut-rebut diorang nak pimpin tangan saya.Hehe. Suatu hari pada hari minggu, masa tu dah on the way balik naik bas (masa tu dah malam) jadi macam tak perasan sangat tempat nak turun. Lalu,salah seorang makcik saya dah tekan loceng bas dan menyebabkan bas tu berhenti sebab diorang ingat ada penumpang nak turun. Memang patut lah kan. Tapiii,yang tak patut nya..kami turun jauh dari tempat yang sepatutnya. Terpaksalah kami jalan dalam gelap. Saya pun tak berapa ingat saya takut ke tidak masa tu.Haha. Ala,kan saya ada bodyguard 3 orang.hehe. Jauh jugak jalan nye. Sampai rumah terus terbungkang tidur. 


sila jangan sakit mata tengok lukisan kat bawah.hehe


Tapi,itu semua cerita 13 tahun dulu. Sekarang makcik-makcik fevret saya tu dah kawen. Dah ada laki. Dah ada anak. Uda dengan Chik dah ada 2 orang anak. Chikna je yang masih single and available (promote sikit). 




Sekarang mereka sibuk dengan anak dan family masing-masing. Saya happy tengok mereka happy :D Walaupun sekarang mereka dah tak berebut nak pimpin tangan saya lagi.Kihkih


Paling menggamit memori ialah tyme keluar shopping dengan diorang hari tu lah. Uda dengan Chik sibuk kejar anak-anak diorang yang tengah active tuh. Tengah diorang syok2 pilih barang, sempat jugak jerit kat aku:


Uda:  Zatie! tolong tengok Batrisya kejap.
Chik: Zatie! pergi kejar Faris sekarang.


Hahaha. Macam tulah lebih kurang situasi dia.


Anak Uda, Balqis dengan Batrisya very the talkative girl. Cakap banyak macam mak dia. Pulak tu suka makan makanan tradisional atau pun makanan yang orang-orang tua suka makan.hehe


Anak Chik, Alya dengan Faris pulak dekat Sabah. So jarang-jarang je jumpa. Cakap pun dah tukar bahasa Kelanbah (Kelantan + Sabah). Tapi masih boleh difahami.haha


Anak Chikna? Anak tekak je dia ada.hehe. Belum ada jodoh lagi maa,sapa2 ada abang atau pakcik yang masih single boleh isi borang.Hihihi. Chikna satu-satunya makcik i yang single. Dialah yang jadi driver saya kalau saya kene interview dekat area-area KL. Dialah yang teman saya pergi pasar kalau dia balik bercuti. Dialah yang tak pernah miss bagi duit raya dekat saya setiap tahun :D


Macam tulah cerita saya dengan Uda, Chikna dengan Chik. Jasamu dikenang. Hehe
May Allah Bless you and ceria-ceria sokmo. 


Zatie Sayang Kamu! 
picit LIKE kalau suka ^___^

16 September 2010

CONTEST BAJU RAYA ITIKKEJAM

Selamat Hari Raya ke-tujuh. Sekarang baru ada perasaan ghairah hendak update entry. Ini pun sebab terbau-bau Contest Baju Raya Itik Kejam ni. Simple saja. Tak payah buat slogan atau beli Milo dan ratah macam tu je sebab kau nak kumpul pembalut dia T____T 



Contest Baju Raya Itik Kejam ni kau cuma perlu muatnaik (upload tahu?) gambar kau yang sedang pakai baju raya. Tak kira lah tahun bila kau beraya. Yang pentinggg (bukan kerjasama!) kau pakai baju raya. Baju sekolah tidak dikira sebagai baju raya ok. Dannn,,gambar tu hendaklah dikau seoranggg saja. Taknak dua orang, tiga orang, empat orang lagi taknak. Reject terus! 

Contoh yang betul ialah macam gambar kat bawah ni.hehe. Agak-agak boleh menang tak Cik Itik Kejam :)




Lepas tu kau kena  Tag! Tag! Tag! tiga orang kawan macam ni:

Then,siap! hehe

Untuk keterangan lanjut pergi terjah belog Itik Kejam sekarang. Cepat weii sebab tarikh tutup contest ni ialah pada esok,17 September 2010.

picit LIKE kalau suka ^___^

09 September 2010

Perutusan Hari Raya

Ketika ini saya pasti ramai orang sedang sibuk buat persiapan raya. Err,atau dah setel semua pun. Ya,saya kunci jawapan itu. Baju raya, biskut raya, langsir raya, perabot raya, gelang emas raya dan hantu raya. Eh,hantu mesti dah tak sabar nak keluar kan. Dah sebulan diorang kena kurung. Sudah,lupakan cerita hantu. Mari kita membebel tentang hari raya.

Dekat facebook mahupun twitter,ramai yang dah buat kad,letak muka sendiri kemudian tag kawan-kawan. Jimat kan, tak payah susah-susah kan abang posmen hantar kad raya ke rumah. Kenapa abang? bukan pakcik posmen? Bulan puasa mesti penat. Kesian abang posmen kena kerja. LOL dah cerita pasal posmen pulak. Kejap,saya pun nak bagi kad raya dekat kau orang. Kalau rajin, print cantik-cantik kemudian gantung dekat pintu. HAHA



Perutusan hari raya ini saya dedikasikan kepada seluruh umat Islam yang menyambut hari kemenangan ini. Okey,sekarang air mata macam nak jatuh sebab tengah dengar takbir raya dari masjid berdekatan. 

Kepada insan yang paling saya sayang, Puan Hajjah Faridah bt. Mat Hassan. Saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maafkan saya sebab selalu mengelat bila Maa suruh saya goreng ayam. Entah bila saya berani menggoreng ayam ikan di dapur. T_____T Seribu kemaafan juga kepada Maa sebab saya belum dapat kerja sampai sekarang. Hanya duduk rumah habiskan beras saja. Insyallah bila dapat kerja best-best nanti saya akan selalu belikan beras untuk rumah kita.

saya, Maa, jajie


Kepada semua adik-adik saya: aiman,adib,jajie,abe,alif,aqwa dan juga kasyah. Mintak maaf sebab selalu suruh kau orang buat itu ini. Sebab saya kan kakak! 

dari kiri saya, jajie, aiman, kasyah, abe, alif, adib, aqwa

Buat Encik Wan Amen, sorry sebab selalu buat-buat merajuk. Maaf banyak-banyak okey. Lebiu :)

Istimewa untuk pengunjung belog saje-saje|suke-suke saya juga nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, tertulis yang mengada-ngada, terbosan bila baca kat sini atau ter yang lain-lain lagi. Saya pun dah maafkan salah kau orang dekat saya. Haha

Okey lah,sampai sini dulu. Saya nak pergi cuba biskut raya yang kitorang buat tadi. 

Saya rasa happy nak sambut raya tahun ni sebab saya tengok Maa dan adik-adik saya eksaited nak beraya. Semoga syawal kali ini diberkati Allah swt. Maaf Zahir Batin.


picit LIKE kalau suka ^___^

Jiran Tetangga Episod 7: La Dolce Anita

Kita terus kan berkenalan dengan Jiran nombor tujuh. Beliau ialah Missy Nita. Saya pun dah lupa macam mana boleh jumpa belog gadis manis ni. Pertama kali baca terus rasa nak stalk sampai bila-bila.hehe


[LaDolce3921.jpg]  hye, i'm Missy Nita ;p


Lama lepas tu baru saya follow dia. Jangan marah ye cik nita. Belog dia chomel sangat. Ada macam-macam widget juga. Gerak-gerak lagi. Macam mana eh nak buat tulisan yang gerak-gerak dekat side bar tu? boleh ajar tak? hehe




picit LIKE kalau suka ^___^

Jiran Tetangga Episod 6: Ayie Suck Story

Episod 5 dah nama Ayie. Episod 6 juga nama Ayie. Oh,sekarang followers saya dah ada 2 orang nama yang sama. Ayie dan Rara. Hahahha. Tak payah ketawa. Tak kelakar pun. 


Sekarang mari kita terjah belong Encik Ayie ni. Bila saya tekan dekat gambar dia kat sebelah ni, maka keluar tiga belog yang menjadi milik encik Ayie. Ada personal blog. Versi cintan cintun punya. Saya pernah baca dulu. Tp sekarang dia dah private,so tak boleh nak stalk lagi. Hehe. Blog yang lain ialah Ketawa ! Bergossip ! Info ! Suka-Suka ! Semua Ada dekat sini ada macam-macam info. Entry terbaru dia pasal bill yang tuan kedai pun boleh lupa dia charge hape.hahah.





dan belog lagi satu ialah  Oh Music ku tempat kau orang boleh download lagu-lagu kegemaran.


Banyak rajin ini orang. 
Eh,mestilah..tengok la jiran sape.hehe


ok,bai
picit LIKE kalau suka ^___^

Jiran Tetangga Episod 5: ayie's


Mula-mula saya ingat dia lelaki. Sekali bukak dia punya belog. Eh,kamu jangan fikir lain ok. haha. Beliau ialah seorang bloggers wanita.hehe. Tengok,siap pakai shawls polka dot gitu. 


me ?


Tak percaya lagi, awak pergi terjah belog dia sekarang. Dekat situ dia dah tulis siap-siap macam kat bawah ni:


: a gal 
: a daughter 
: kinda girly :) 
: love pink , white 
: love chocz 
: love farhan :) 
: love shahrul nizam too :p ----> sounds that she was unavailable.hehe


okey cik ayie. Thanks for following me :)


update: rupanya cik ayie ni kawan adik saya juga, si Jajie kaki panjang. Selamat hari raya dik :)




picit LIKE kalau suka ^___^

Jiran Tetangga Episod 4: OrangeGurlz

Salam sejahtera ke atas kamu. Untuk Jiran Tetangga Episod 4, mari kita berkenalan dengan cik perempuan oren. Cik oren ni sebenarnya kawan sekolah menengah masa saya Form 1-3 dekat SMKAW,Machang. Gidah saya panggil dia. Masa tu dia minat kaler kelabu. Hahahatipu. Tapi tulah, people change. Sekarang dia suka kaler oren pula. Pengaruh Holland mungkin. 




Belog dia pun kaler oren, bunga-bunga lagi. Dan juge banyak widget for blog. Boleh buat jugak lah nanti.hehe. Tp cik oren ni macam dah lama tah hupdate. Sibuk buat biskut raya mungkin. 

Oklah, kalau nak tahu lebih lanjut sila lah jenguk belog cik oren tu.hehe

Now kita proceed ke belog jiran tetangga episod 5.

picit LIKE kalau suka ^___^

06 September 2010

Jiran Tetangga Episod 3: Raracandyfloss

Jiran Tetangga yang ketiga ialah belog gula kapas milik Cik Rara. Beliau ialah seorang yang boleh dikatakan otai dalam dunia belog kerana saya dapati beliau dah lama kot ber-belog dan sangat aktif mengupdate entry-entry terbaru serta menyertai pelbagai jenis contest. Antaranya termasuklah yang terbaru, contest Hidup Seorang Blogger. Pergi baca kalau nak tahu kehidupan seorang blogger. Nanti kamu sendiri faham.


Cik Rara seorang yang kreatif dan pandai bisnes juga. Beliau sendiri buat dan sendiri jual pelbagai jenis felt craft yang sangat-sangat chomel. Tengok kat bawah ni kalau tak percaya. Err,ada lagi tak yang lebih-lebih Cik Rara? T__T Felt craft ni ade macam-macam seperti keychain,car charm, felt name dan macam-macam lagi lah. Very the creatif and rajin buat benda alah chomel tu. Sekarang pergi godek belog gula kapas dan tengok hasil craft dia..kat bawah ni beberapa contoh sahaja...hehe.


felt name
keychain

car charm
  
Dalam belog gula kapas ini juga ada macam-macam tutorial untuk dikongsi dengan para bloggers. Pergi dekat bahagian categories dan korang akan jumpa lah tutorial tu. Sharing is caring kan. Bagus betul. I like belog yang ada tutorial. Nanti i nak buat semua. hehe.

Sekian sahaja episod kali ini. If ada kesilapan fakta,please let me know ye Cik Rara. Itu pun kalau Cik Rara singgah sahur dekat sini =)

Bobbai~
picit LIKE kalau suka ^___^

Jiran Tetangga Episod 2: a young girl

Untuk episod yang kedua ini,mari kita berkenalan dengan adik manis atau nama glamer dia dekat belogspot OhhRara atau nama sebenarnya Syahiirah.

helo,saya lah Rara :)
*Adik manis,gambar ni saya curik dari belog kamu. Kamu letak terbalik,maka saya pun letak terbalik juga. Malas mahu rotate.hehe















Comel kan adik manis ini. Beliau baru form 4 dan merangkap juga kawan adik saya Zazie. Saya suka baca belog dia because she was very creative in making some words. Comel-comel je dia membebel.hehe. Kebanyakan entry dia cerita pasal watdasuck of hostel life,love, feellings and family.

Saya juga suka tagline dekat belog dia "HEART IS THE ONLY PLACE THAT ONLY GOD KNOWS WHAT WE FEEL ♥"


Pesanan kepada Adik manis: belajar dahulu.mari mencari cinta di universiti.hihi
picit LIKE kalau suka ^___^

Jiran Tetangga Episod 1: Lyrica Luna

Seperti yang dijanjikan pada entry yang INI saya ada cakap bahawa ada 'something' untuk Jiran Tetangga yang sudi follow belog saje-saje|suke-suke ni kan. Untuk pengetahuan juga,siri-siri ini akan ditulis bukan berdasarkan "siapa yang 1st follow aku,makanya dialah yang akan aku cerita dulu" owh,bukan macam tu ye sedara-sedari. Ianya random sahaja ok. Sila jangan kecil hati. Hati i lagi kecik u ols.

Oleh itu,bagi siri yang pertama ini Jiran Tetangga pertama yang saya nak kenalkan ialah Lyrica Luna a.k.a cousin saya sendiri. Sape lagi kan nk follow kalau bukan sedara-mara sendiri..sobsobsob.


Si Lyrica Luna ni adalah antara cousin saya yang paling besar. Lyrica Luna tu nama di alam maya je. Saya panggil dia Sulina. Adik beradik dia semua perempuan.Tinggi-tinggi pulak tu. Saya ni tinggi sikit je dari adik dia yang bongsu. Sekarang dia masih lagi belajar dekat Unimap,Perlis. Tahun 3 dah kot. Adik bawah dia,Fadilah pun study dkt tempat yang sama.

From left: saya-chikna-sulina-fadilah

saya dan adik bongsu dia,Si Comel Farihah

Kalau nak cerita pasal belog dia pulak,sebenarnya dia pun jarang update entry terbaru. Macam sepupu dia jugak.haha. Saya perhatikan,dia update bila dekat-dekat nak balik kampung je. Asal nak balik je dia update, asal update je dia balik.haha. Macam tulah lebih kurang. Entry2 dia pulak selalunya bertemakan "rumah ku syurga ku" dan saya tahu,bahawa beliau juga seorang HOMESICK seperti saya. kehkehkeh.

Tengah syok godek-godek belog dia ni,saya jumpa satu belog tutorial baik punya. Tengok SINI cepat. Sangat-sangat usefull untuk kegunaan blogspot-ters yang ketandusan ilmu macam saya ni.hehe. Paling best dia ada tutorial cara-cara nak tukar youtube video player kepada format mp3 player. Paling penting sekali,semua tutorial dia dalam bahasa melayu.hehe

Ok lah,tu je kot nak cerita pasal Jiran Tetangga pertama saya ni. Nantikan kemunculan entry Jiran Tetangga Episod 2 pulak eh.hehe
picit LIKE kalau suka ^___^

Entry Credit

Baiklah, straight to the point. Merujuk kepada tajuk diatas, entry kali ni saya nak berikan kredit topup Maxis RM15 kepada otai-otai bloggers yang sudi berkongsi tutorial, tips mahupon trik untuk mengubahsuai belog yang masih dilanda krisis identiti seperti belog Tuan Rumah ini. Mari kita tengok siapa yang kenaaa..

1) Tutorial men-design blog dengan cara yang super duper mudah dengan hanya menggunakan fungsi design saya rujuk bukan calang-calang belog cap ayam ni.hehe



2)  Berkenalan dengan lebih dekat dengan Nuffnang dan cara-cara yang paling mudah nak faham macam mana nak letak ads dalam belog saya refer dekat hudhudpunyablog.

3) Tutorial2 tersebut saya takkan jumpa kalau saya tak godek-godek belog Huda Luna dan belog seksi L for Liyana ini. 



Tenkiu sangat-sangat tau.walaupun korang tak tau..hehe. Tapi amalan kredit-mengkredit ini wajib diamalkan sebagai balasan hasil titik peluh mereka..bukan luak pun.betul tak? betul tak? hehe. Lepas ni saya nak try semua tutorial yang ada tu. HAHAHATAMAK.


picit LIKE kalau suka ^___^

05 September 2010

Cerita Tuan Rumah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakyat. Amatlah diharapkan bahawa tuan hamba sekelian tidak terkejut atau terduduk atau termakan (nanti batal puasa) ketika membuka belog ini kerana disambut oleh header gedabak seorang gadis yang membuat aksi perasan cantik (maybe) sambil menyatakan bahawa "oh,ini lah gambar terbaik saya..edit sikit letak dekat header pun okey kut" sila muntah kalau perlu. Adapun begitu,setelah sekian lamanya bersawang. Kalau lah belog ini di zahirkan sudah pasti terdapatnya labah-labah,cicak,kunang-kunang,nyamuk aedes,lalat mahupun gajah hutan Afrika yang giat berumah tangga akibat terlalu lama tidak mengupdate berita-berita terkini hiburan sensasi,naik bas mini minum air sarsi. ha kau,dah ter-pantun pulak disitu.

Rasanya masih belum terlambat lagi jika Tuan Rumah hendak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 dan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba kurang lebih 5 hari sahaja lagi. Ucapan hari raya? Sabar,tunggu pada entry seterusnya. Itu pun jika Tuan Rumah mempunyai sifat kerajinan untuk mencoret barang sepatah dua kata ucapan hari raya.

Berbalik kepada tujuan utama Tuan Rumah menconteng disini ialah untuk bercerita mengenai belog yang sedang tuan hamba para pembaca tegar (sudah pasti tiada), para pembaca tidak tegar (rasenye tiada juga), para pen-skodeng atau para pen-stalker hebat dimana belog ini sudah pon "di cat baru" oleh Tuan Rumah yang sebenarnya masih mencari identiti untuk "rumah" ini. Tuan Rumah telah sepakat seorang diri dan memutuskan untuk memilih warna oren,kuning,puteh,hijau dan sedikit elemen coklat sebagai cat baru untuk tema belog kali ini. Insyallah juga Tuan Rumah akan mengekalkan cat ini pada jangka masa yang agak lama kerana kau ingat senang ke nak pilih-pilih cat baru ni. Susah tahu. Ini kerana Tuan Rumah ialah seorang yang tidak mahir dalam selok belok bengkok dalam memilih kombinasi warna. Bukan buta warna eh. Tidak mahir juga tak sama dengan tidak reti. paham disitu?

First of all yang nak di war-warkan ialah,walaupun dah masuk perenggan keempat.haha.Tuan Rumah disini adalah tidak lain tidak bukan bermaksud tuan punya belog http://zatiemomento.blogspot.com. Jenis pegangan ialah Individual yang mana tiada rakan kongsi tidur,sleeping partner tahu? dan sebagainya. Okey,sekarang mari kita tengok apa yang ada dekat dalam rumah buruk ni.

1) saje-saje|suke-suke dipilih sebagai tag line belog ini kerana sejak dahulu lagi, Tuan Rumah telah mengamalkan jamu perapat dan kacip fatimah penulisan dan karya-karya di belog tidak lain tidak bukan hanyalah saje-saje|suke-suke sahaja.


2) Tabung Buluh disebelah kanan sedara sedari sekelian menunjukkan tabungan yang akan digunakan untuk membayar upah pakcik tukang mesin rumput disekeliling rumah sebulan sekali dan kos-kos lain yang terpaksa ditanggung oleh Tuan Rumah. Alangkah budiman jika para tetamu yang singgah sudi memicit Tabung Buluh tersebut setiap kali datang kesini. Bukankah tolong-menolong itu amalan mulia =)

3) Dinding ialah karya-karya agung Tuan Rumah yang boleh dibaca mengikut urutan entry terbaru sehinggalah kepada entry yang old skool.

4) Jiran Tetangga pula ialah para followers yang terdiri daripada pencinta belog yang manis,cantik,gojes dan kacak. Saya tidak meminta anda untuk follow saya. Sila follow hanya jika anda ikhlas mahu meng-follow. Saya amat berterima kasih kepada followers saya sehingga entry ini dikeluarkan iaitu seramai 16 orang (alhamdulillah) kerana sudi follow belog yang tak kenal identiti ini. Insyallah saya ada something istimewa buat kamu. Tungguuuu..hehe

5) Tingkap ialah coloumn dimana update terkini para bloggers yang saya follow. Bilangan belog yang saya follow adalah lebih ramai daripada followers saya. T_______T

6) Kaunter Pertanyaan atau formspring ialah tempat kamu tanya apa-apa sahaja.Tu pun kalau tak malu lah. Eleh,macam ade yang nak tanya. Hahahahasiotlu.

7) Tangga pula adalah kiraan belog Tuan Rumah ni melangkah di alam pem-blogspot-an..haha

dan yang terakhir sekali,

8) Pintu ialah tempat tetamu keluar masuk. Dari situ Tuan Rumah boleh tahu dari mana asal usul korang.hehe

Itu saje buat masa sekarang. Maaf kerana belog ni selalu je bukak tutup. Suka hati lah kan,sape Tuan Rumah sekarang ni?? HAHA
picit LIKE kalau suka ^___^

::Mari Exchange Alamat Rumah::