05 September 2010

Cerita Tuan Rumah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakyat. Amatlah diharapkan bahawa tuan hamba sekelian tidak terkejut atau terduduk atau termakan (nanti batal puasa) ketika membuka belog ini kerana disambut oleh header gedabak seorang gadis yang membuat aksi perasan cantik (maybe) sambil menyatakan bahawa "oh,ini lah gambar terbaik saya..edit sikit letak dekat header pun okey kut" sila muntah kalau perlu. Adapun begitu,setelah sekian lamanya bersawang. Kalau lah belog ini di zahirkan sudah pasti terdapatnya labah-labah,cicak,kunang-kunang,nyamuk aedes,lalat mahupun gajah hutan Afrika yang giat berumah tangga akibat terlalu lama tidak mengupdate berita-berita terkini hiburan sensasi,naik bas mini minum air sarsi. ha kau,dah ter-pantun pulak disitu.

Rasanya masih belum terlambat lagi jika Tuan Rumah hendak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 dan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba kurang lebih 5 hari sahaja lagi. Ucapan hari raya? Sabar,tunggu pada entry seterusnya. Itu pun jika Tuan Rumah mempunyai sifat kerajinan untuk mencoret barang sepatah dua kata ucapan hari raya.

Berbalik kepada tujuan utama Tuan Rumah menconteng disini ialah untuk bercerita mengenai belog yang sedang tuan hamba para pembaca tegar (sudah pasti tiada), para pembaca tidak tegar (rasenye tiada juga), para pen-skodeng atau para pen-stalker hebat dimana belog ini sudah pon "di cat baru" oleh Tuan Rumah yang sebenarnya masih mencari identiti untuk "rumah" ini. Tuan Rumah telah sepakat seorang diri dan memutuskan untuk memilih warna oren,kuning,puteh,hijau dan sedikit elemen coklat sebagai cat baru untuk tema belog kali ini. Insyallah juga Tuan Rumah akan mengekalkan cat ini pada jangka masa yang agak lama kerana kau ingat senang ke nak pilih-pilih cat baru ni. Susah tahu. Ini kerana Tuan Rumah ialah seorang yang tidak mahir dalam selok belok bengkok dalam memilih kombinasi warna. Bukan buta warna eh. Tidak mahir juga tak sama dengan tidak reti. paham disitu?

First of all yang nak di war-warkan ialah,walaupun dah masuk perenggan keempat.haha.Tuan Rumah disini adalah tidak lain tidak bukan bermaksud tuan punya belog http://zatiemomento.blogspot.com. Jenis pegangan ialah Individual yang mana tiada rakan kongsi tidur,sleeping partner tahu? dan sebagainya. Okey,sekarang mari kita tengok apa yang ada dekat dalam rumah buruk ni.

1) saje-saje|suke-suke dipilih sebagai tag line belog ini kerana sejak dahulu lagi, Tuan Rumah telah mengamalkan jamu perapat dan kacip fatimah penulisan dan karya-karya di belog tidak lain tidak bukan hanyalah saje-saje|suke-suke sahaja.


2) Tabung Buluh disebelah kanan sedara sedari sekelian menunjukkan tabungan yang akan digunakan untuk membayar upah pakcik tukang mesin rumput disekeliling rumah sebulan sekali dan kos-kos lain yang terpaksa ditanggung oleh Tuan Rumah. Alangkah budiman jika para tetamu yang singgah sudi memicit Tabung Buluh tersebut setiap kali datang kesini. Bukankah tolong-menolong itu amalan mulia =)

3) Dinding ialah karya-karya agung Tuan Rumah yang boleh dibaca mengikut urutan entry terbaru sehinggalah kepada entry yang old skool.

4) Jiran Tetangga pula ialah para followers yang terdiri daripada pencinta belog yang manis,cantik,gojes dan kacak. Saya tidak meminta anda untuk follow saya. Sila follow hanya jika anda ikhlas mahu meng-follow. Saya amat berterima kasih kepada followers saya sehingga entry ini dikeluarkan iaitu seramai 16 orang (alhamdulillah) kerana sudi follow belog yang tak kenal identiti ini. Insyallah saya ada something istimewa buat kamu. Tungguuuu..hehe

5) Tingkap ialah coloumn dimana update terkini para bloggers yang saya follow. Bilangan belog yang saya follow adalah lebih ramai daripada followers saya. T_______T

6) Kaunter Pertanyaan atau formspring ialah tempat kamu tanya apa-apa sahaja.Tu pun kalau tak malu lah. Eleh,macam ade yang nak tanya. Hahahahasiotlu.

7) Tangga pula adalah kiraan belog Tuan Rumah ni melangkah di alam pem-blogspot-an..haha

dan yang terakhir sekali,

8) Pintu ialah tempat tetamu keluar masuk. Dari situ Tuan Rumah boleh tahu dari mana asal usul korang.hehe

Itu saje buat masa sekarang. Maaf kerana belog ni selalu je bukak tutup. Suka hati lah kan,sape Tuan Rumah sekarang ni?? HAHA
picit LIKE kalau suka ^___^

No comments:

Post a Comment

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::