19 September 2010

Dahulu Lain, Sekarang Lain

Saya ada ramai makcik a.k.a ibu saudara. Belah Puan Mama ada 6 orang, belah arwah Encik Abah ada 5 orang. Semua nya baikhati, pemurah dan gojes. Tapi kali ni saya nak cerita tentang makcik yang agak rapattt dengan saya dari DAHULU SAMPAI SEKARANG, saya panggil mereka sebagai Uda, Chikna dengan Chik. Walaupun mereka berpangkat "makcik" tapi mereka bukan lah macam makcik-makcik yang suka lepak dekat tangga sambil gossip-gossip.bukan macam tu yer... Mereka semua ialah adik-adik Puan Mama saya. Uda anak nombor 6, Chikna nombor 7 dan Chik nombor 8. Bukan kembar 3 ye walaupon muka macam seiras.Hehe. 



Sabtu lepas,sebelum mereka balik ke tempat masing-masing saya sempat keluar shopping dengan mereka bertiga. Kejadian itulah yang membuatkan saya teringat balik memori daun pisang kami lebih kurang 13 tahun lepas dan terus rasa nak conteng kat belog buat kenangan.Hehe. Ketika itu saya masih kanak-kanak ribena. Umur saya pun baru 10 tahun. Masih comel. Mereka bertiga pulak mungkin baru lepas SPM dan STPM masa tu. Disebabkan saya anak saudara pertama mereka, maka boleh dikatakan saya ditatang bagai minyak kelapa laut afrika yang penuh.HAHA


Mereka sangat lah protektif menjaga saya. Ketika Puan Mama saya pergi kerja, maka saya akan ditinggalkan bersama mereka di rumah moktok. Dengan mereka juga lah tempat saya bermanja dan berebut kasih sayang dengan ayahsu.hahaha.


Setiap tahun pada hari jadi saya pula (masa kecik),mereka tak lupa untuk bagi macam-macam hadiah. Baju-bajuan,alat mainan,buku cerita,pensel warna dan sebagainya. Saya juga masih ingat ketika birthday saya yang ke 9 (kot),diorang boleh buat game ala-ala explorace dan tulis clue dekat kertas then suruh saya cari hadiah tu sendiri sampai dapat. Very the penat dan terus nak berputus asa sebab tak jumpa hadiah tu = =" Mane nak jumpa,ada hadiah diorang sorok dalam oven...pfftt


Bila saya dah besar sikit, mereka rajin pulak bawak saya pergi jalan-jalan. Dulu diorang belum ada kereta lagi,kitorang berempat pergi naik bas. Dah lupa mana diorang bawak saya,tapi yang saya ingat saya seronok bila keluar dengan diorang. Berebut-rebut diorang nak pimpin tangan saya.Hehe. Suatu hari pada hari minggu, masa tu dah on the way balik naik bas (masa tu dah malam) jadi macam tak perasan sangat tempat nak turun. Lalu,salah seorang makcik saya dah tekan loceng bas dan menyebabkan bas tu berhenti sebab diorang ingat ada penumpang nak turun. Memang patut lah kan. Tapiii,yang tak patut nya..kami turun jauh dari tempat yang sepatutnya. Terpaksalah kami jalan dalam gelap. Saya pun tak berapa ingat saya takut ke tidak masa tu.Haha. Ala,kan saya ada bodyguard 3 orang.hehe. Jauh jugak jalan nye. Sampai rumah terus terbungkang tidur. 


sila jangan sakit mata tengok lukisan kat bawah.hehe


Tapi,itu semua cerita 13 tahun dulu. Sekarang makcik-makcik fevret saya tu dah kawen. Dah ada laki. Dah ada anak. Uda dengan Chik dah ada 2 orang anak. Chikna je yang masih single and available (promote sikit). 




Sekarang mereka sibuk dengan anak dan family masing-masing. Saya happy tengok mereka happy :D Walaupun sekarang mereka dah tak berebut nak pimpin tangan saya lagi.Kihkih


Paling menggamit memori ialah tyme keluar shopping dengan diorang hari tu lah. Uda dengan Chik sibuk kejar anak-anak diorang yang tengah active tuh. Tengah diorang syok2 pilih barang, sempat jugak jerit kat aku:


Uda:  Zatie! tolong tengok Batrisya kejap.
Chik: Zatie! pergi kejar Faris sekarang.


Hahaha. Macam tulah lebih kurang situasi dia.


Anak Uda, Balqis dengan Batrisya very the talkative girl. Cakap banyak macam mak dia. Pulak tu suka makan makanan tradisional atau pun makanan yang orang-orang tua suka makan.hehe


Anak Chik, Alya dengan Faris pulak dekat Sabah. So jarang-jarang je jumpa. Cakap pun dah tukar bahasa Kelanbah (Kelantan + Sabah). Tapi masih boleh difahami.haha


Anak Chikna? Anak tekak je dia ada.hehe. Belum ada jodoh lagi maa,sapa2 ada abang atau pakcik yang masih single boleh isi borang.Hihihi. Chikna satu-satunya makcik i yang single. Dialah yang jadi driver saya kalau saya kene interview dekat area-area KL. Dialah yang teman saya pergi pasar kalau dia balik bercuti. Dialah yang tak pernah miss bagi duit raya dekat saya setiap tahun :D


Macam tulah cerita saya dengan Uda, Chikna dengan Chik. Jasamu dikenang. Hehe
May Allah Bless you and ceria-ceria sokmo. 


Zatie Sayang Kamu! 
picit LIKE kalau suka ^___^

4 comments:

  1. hoh buruk nya drwing!
    haha
    nway nostalgic dowhh

    ReplyDelete
  2. kahkah,,ini seni..
    tak bulih kata buruk.haha

    kasyah suko tgk hok ni.hehe

    ReplyDelete
  3. nice!!
    best kan jd cucu sulong.
    macam hilmi anak bang an, manja terlebih, asyik nak mintak hadiah je. kuikui

    ReplyDelete
  4. kim

    Ingatkan Kim manelah tadi..kimah rupenye.hehe. Cmner boleh jumpe blog nie? Malu lah,hehe.

    Haruslah best jadi cucu sulong.Hilmi boleh wt geng dengan zatie.hehe

    ReplyDelete

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::