09 September 2010

Perutusan Hari Raya

Ketika ini saya pasti ramai orang sedang sibuk buat persiapan raya. Err,atau dah setel semua pun. Ya,saya kunci jawapan itu. Baju raya, biskut raya, langsir raya, perabot raya, gelang emas raya dan hantu raya. Eh,hantu mesti dah tak sabar nak keluar kan. Dah sebulan diorang kena kurung. Sudah,lupakan cerita hantu. Mari kita membebel tentang hari raya.

Dekat facebook mahupun twitter,ramai yang dah buat kad,letak muka sendiri kemudian tag kawan-kawan. Jimat kan, tak payah susah-susah kan abang posmen hantar kad raya ke rumah. Kenapa abang? bukan pakcik posmen? Bulan puasa mesti penat. Kesian abang posmen kena kerja. LOL dah cerita pasal posmen pulak. Kejap,saya pun nak bagi kad raya dekat kau orang. Kalau rajin, print cantik-cantik kemudian gantung dekat pintu. HAHA



Perutusan hari raya ini saya dedikasikan kepada seluruh umat Islam yang menyambut hari kemenangan ini. Okey,sekarang air mata macam nak jatuh sebab tengah dengar takbir raya dari masjid berdekatan. 

Kepada insan yang paling saya sayang, Puan Hajjah Faridah bt. Mat Hassan. Saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maafkan saya sebab selalu mengelat bila Maa suruh saya goreng ayam. Entah bila saya berani menggoreng ayam ikan di dapur. T_____T Seribu kemaafan juga kepada Maa sebab saya belum dapat kerja sampai sekarang. Hanya duduk rumah habiskan beras saja. Insyallah bila dapat kerja best-best nanti saya akan selalu belikan beras untuk rumah kita.

saya, Maa, jajie


Kepada semua adik-adik saya: aiman,adib,jajie,abe,alif,aqwa dan juga kasyah. Mintak maaf sebab selalu suruh kau orang buat itu ini. Sebab saya kan kakak! 

dari kiri saya, jajie, aiman, kasyah, abe, alif, adib, aqwa

Buat Encik Wan Amen, sorry sebab selalu buat-buat merajuk. Maaf banyak-banyak okey. Lebiu :)

Istimewa untuk pengunjung belog saje-saje|suke-suke saya juga nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, tertulis yang mengada-ngada, terbosan bila baca kat sini atau ter yang lain-lain lagi. Saya pun dah maafkan salah kau orang dekat saya. Haha

Okey lah,sampai sini dulu. Saya nak pergi cuba biskut raya yang kitorang buat tadi. 

Saya rasa happy nak sambut raya tahun ni sebab saya tengok Maa dan adik-adik saya eksaited nak beraya. Semoga syawal kali ini diberkati Allah swt. Maaf Zahir Batin.


picit LIKE kalau suka ^___^

No comments:

Post a Comment

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::