21 October 2010

Stairway To Heaven



Telenovela: Stairway To Heaven, mulai 20 September, Isnin - Khamis, jam 3.00petang
Pelakon: Dingdong Dantes, Rhian Ramos, TJ Trinidad dan Glaiza de Castro.

Siri drama Filipina yang mempunyai 30 episod ini mengisahkan perebutan kasih di kalangan adik beradik tiri, saksikan kegigihan Jodi dalam menempuh segala dugaan dalam hidupnya. Jodi dan Cholo saling menyayangi sejak zaman kanak-kanak. Cholo telah melamar kepada Jodi sebelum dia berangkat ke Amerika Syarikat. Jodi amat teruja dan mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah bersama Cholo. Namun, ibu tirinya, Maita dan adik tirinya, Eunice yang dengki terhadapnya telah merancang sesuatu bagi memusnahkan hidupnya. Tristan pula menyimpan perasaan terhadap kakak tirinya, Jodi.

Malangnya Jodi telah hilang ingatan selepas suatu kemalangan yang teruk. Kematian Jodi telah dipalsukan dan Cholo terpaksa menerima hakikat tersebut walaupun perit. Tristan mengambil kesempatan ini untuk memulakan kehidupan baru bersama Jodi yang dikenali sebagai Jenna. Manakala Eunice berusaha memenangi hati Cholo dan akhirnya mereka telah bertunang.

Walaupun begitu, Cholo masih tidak dapat melupakan Jodi kerana cintanya terhadap Jodi begitu mendalam. Takdir telah menemukan semula Cholo dan Jenna. Cholo amat yakin bahawa Jenna ialah Jodi dan dia tidak akan berputus asa untuk membuktikannya. Tiada halangan bagi Cholo untuk membongkar penipuan Maita dan Eunice demi cinta sejatinya. Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri drama Filipina yang hebat ini, Stairway To Heaven di slot Telenovela.
.
.
Sekarang sudah jadi macam habit. Balik sekolah,bukak tv3 dan ready tunggu depan tv sehingga jam pukul 3pm. Kadang-kadang rasa hendak muntah bila kene tunggu drama Alisa-yang-muka-innocent-gila tu habis. Tepat pukul 3 petang,tepuk tangan (ok,tipu) sebab cerita kegemaran dah mula. Saya adalah sangat jarang tengok tv. Melainkan ada cerita or program tv yang betul2 best. Ok dah,mari cerita tentang 10 sebab kenapakan Cik Zatie suka akan rancangan kegemaran terbaharu ini. 
Saya suka menonton drama Stairway To Heaven kerana: (tidak lebih daripada 15 patah perkataan) wakawaka! 
1) Ketika mula-mula tgk episod pertama, pelakon cilik itu (Jodi/Jenna) ketika kecil adalah sangat comelll. Berbeza dengan Cholo ketika kecik yang sangat tidak comel.


Barbie Forteza aka Jodi ketika kecil. Comel kan??



Watak ketika kecil: Eunice,Cholo,Jodi,Tristan
2) Waktu tayangan adalah sesuai kerana pukul 3pm saya sudah balik dari mengajar.Hehe
3) Boleh makan nasik depan tv. Potensi tambah nasik dan tambah berat badan adalah bertambah (faham ?)
4) Bile dah masuk episod "sepuluh tahun kemudian" adalah didapati bahawa apabila dewasa, Cholo bertukar menjadi hensem (salah salu faktor pelaris drama.Hehe) manakala Jodi pula menjadi kurang chomel.
Dingdong Dantes aka Cholo 

Rhian Ramos aka Jodi/Jenna
5) Drama dia touching weh. Termenitik air mata ketika menonton episod ke 19.
6) Ada 30 episod. Kalau termiss dekat episod mana-mana, boleh pergi tengok dekat catch-up tv dekat SINI
7) Walaupun boleh tengok dekat catch-up tv,tapi saya lebih suka tengok dekat tv.
8) Jalan cerita dia best gila. 
9) Baru dapat tahu bahawa ada drama Korea yang mirip atau memang serupa dengan cerita ni. Tajuk pun sama,cuma versi bahasa je lain.
10) Akan cari dan tengok drama versi Korea itu secepat mungkin. Tak kira. Agak-agak Cholo versi Korea tu hensem mcm ni jgk ke?? Hihi

Sekian dan selamat menonton :)

picit LIKE kalau suka ^___^

4 comments:

  1. tiru cerita korea - yang tajuknya sama cam nih...

    ReplyDelete
  2. SitiMashitahSaidin

    itulah pasal...jalan cerita dia pun sama jgk ke?

    ReplyDelete
  3. aku nak tunggu dan lihat kau gemuk lak. tapi masa tu aku dah semakin kurus..haha

    ReplyDelete
  4. fairuz

    Hahaha,kita tunggu dan lihat. tapi aku tak mahu gemuk weh.

    ReplyDelete

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::