25 November 2010

25 perkara yang perlu awak tahu tentang ::Cik Zatie::

Perlu ke tahu?? Haha..wateverrr,janji hutang tagged by aqema ezzah ni mesti setel hari ni jugak. Hehe. 25 perkara yang mesti korang tahu ialah:


1) tak makan sayur


Eat_more_meat5qmdetail_large

2) berat tak pernah lebih 45 kilogram. Terbaru ialah 43 kg sahaja T___T

3) anak sulung, tapi paling pendek T____T

4) takde lesen motor,tapi suka bawak motor

5) suka pasang radio kuat-kuat dalam kereta

6) kalau ada rezeki, kereta pertama yang nak beli ialah vwolkswegen beetle kaler merah ok.hehe




7) hampir2 nak terbeli sebuah vwolkswegen (lama) atau mini clubman masa belajar dulu supaya senang nak pergi kelas. 

8) boyprengg saya ade 2 bijik vespa


Daea9e71d6befaace78307bfa74b576dae2a57_large

9) sangat jeles dengan vespa yang dua bijik tu sebab encik boyprenggg selalu berpoya-poya dengan mereka sahaja.

10) tapi saya sukaaa kalau encik boyprengg bawak saya skali naik vespa dia. pastuh berangan macam dalam cerita p.ramlee sambil pakai spek hitam besar. Haha

11) pernah buat persembahan dikir barat dekat martik dulu

12) oh,saya sangat sangat suka kanak-kanak

13) kalau boleh saya taknak jadi orang dewasa

14) kalau tension,saya suka keluar dan bawa kereta laju-laju (my bad T____T)



15) sukaaa shoppinggg

16) currently suka beli shades dengan selendang




17) mula buat belog sejak tahun 2008

18) ada 3 belog. tapi yang ni sahaja aktif. haha

19) tak suka kaler PINK!!

20) cita-cita saya ialah jadi cikgu. hehe


5110961585_6ba92f576b_z_large

21) mak saya dan makcik2 saya semua kerja cikgu

22) saya suka orang gemok,sebab saya kurus T____T

23) kadang-kadang saya seorang gemuruh juga

24) saya takot goreng ayam!! takot kena minyak panas.hehe

25) saya sekarang suka dan gila dan addict dengan lomography, lomocamera and lomo-what-so-ever things!  




dalam banyak2 perkara tu, ada tak sama dengan korang punya? hehe


picit LIKE kalau suka ^___^

24 November 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER

Salam Encik Ben, sempat lagi tak nak join nie? buat-buat sempat la ek. Hehe.


image 

Kepada sesiapa yang dah singgah sini,jangan lupa drop link korang dekat atas tu okey. Untuk bloggers baru atau yang tak berapa baru pun boleh (Encik Ben kata) join blog list Ben Ashaari nie. Jangan buang masa lagi, pergi terjah belog Encik Ben kat sini sekarang untuk join macam saya ni.


bobbai ^^


picit LIKE kalau suka ^___^

Apesal kau comel sangat sangat?

I adore you,Encik Golden Half





The GoldenHalf Camera.


Shoot twice as much as a 35mm camera!! Measuring only 24x18mm, having 2 apertures (f8 & f11), shutter spd of 1/100 and a hotshoe for a flash, definitely a great camera to have while on a trip.

Color available

- Original 
- Black Mountain Edition
- Green tree
- Red tree
- Telepathy
-  Zebra

Package :

- GoldenHalf Camera
- 1 roll of film
- lens cap
- strap
- manual

How to set up the film


Load a film
shoot a photo
unload a film

Sample photo




Jaga kau. Encik Hatimanis baru pergi survey menatang nie dekat Singapore hari nie. Yey!


picit LIKE kalau suka ^___^

23 November 2010

yes


22 November 2010,
sepatut nya saya disana.
tapi hakikat nya saya masih disini.

namun,
saya dah berjaya lalui hari ini dengan jaya nya.
tahniah untuk saya.

takpe,there is always hope

sekian.

19-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-always-hope

picit LIKE kalau suka ^___^

21 November 2010

H.A


Happy anniversary love. 
I love you more than you know. 
Much much more ^^



cake <3

Hope,




.
.
.
.
.
mahal kita :)

picit LIKE kalau suka ^___^

20 November 2010

Shades Contest aka Kaca Mata Hitam

GOTCHA! 

Contest macham ni lah yang saya nanti2 kan. Cik Sab Genit tuh macham tahu-tahu je kan saya sukaaa shades. Memang kena lah. Tapi tak mahu over sangat lah sebab saya bukanlah pengumpul shades yang tegar. Ada dua je pun = ="

Hoccay,straight to the main point..Cik Sab Genit dengan boyfren dia, Cik Mok Genit(?) nak bagi hadiah tau kalau diorang suka dengan gambar korang yang tengan posing pakai shades tu. Tapi tunggu duluuu...kau orang kena lah ikut syarat & peraturan contest ni :)

1. wajib follow blog cik genit and blog cik mok [CHECK]


2. mesti ade blog dan berstatus warganegara MALAYSIA. (blogger only)    [CHECK]
    

3. kaum bebas. agama bebas. jantina pun bebas. hee [CHECK]

4. story sedikit about korang punye picture tuh. tak kisah la korang picture sorang or ramai2 dgn kawan. tapi..if ramai. mesti semua pakai shades ok! [CHECK]




Shades 1: Shades ni saya beli dekat U-Mall Taman Universiti, Skudai. Shades yang akhirnya dibeli selepas shades Puteh kesayangan remuk dipijak adik yang mempunyai rambut bergulung. Gambar ni pulak diambil sekitar bulan Ogos lepas dekat sebuah pantai yang permai(?) di Terengganu. 


Shades 2: Yang ini pulak made in Vincci. Beli dekat KB Mall, Kota Bharu. Fisrt tengok, terus berkenan lalu rembat = ="  Sukaa sebab ianya colour purple.awww... This poyoz picture was taken on last October. Kalau anda perasan, gambar ni jugak saya edit edit touch up sikit buat header gedabak macham kat atas tu. hehe


Syarat seterusnya:


5. maximum only two picture korang bagi. but only 1 picture akan di pilih. [CHECK]

6. haa..jangan lupe amik banner kat atas nie. letak kat sidebar korang and link kat banner ke blog ni ok! [CHECK]

7. tag kan kepada blogger aktif ok! min korang kena tag 4 blogger. tapi lagi ramai.lagi bgus kan. tag banyak2. huhu.[CHECK]

Mari kita tengok,shiapa yang kenaaa :D
a) Zazie
c) Ezzah

8. dah join. plz..leave ur komen with ur link skali di blog ini. and sab and cik mok akan terjah blog korang ok ntuk pastikan korang penuhi syarat2 yang di tetapkan. [CHECK]

9. tarikh tutup contest ni pada 15 dec 2010. so,korang bayak mase lagi nak buat tau!

10. hadiah? mystery gift from me and cik mok. dnt wry. kami tak kan hampakan anda.

Tumblr_l963jdanjo1qcps3do1_500_large
Dapat hadiah macham ni pun jadi lahhh ;P


Tumblr_lag9sbqtq51qb5d33o1_500_large
atau yang ini? Hehe,just kidding = ="


picit LIKE kalau suka ^___^

I want this *__*

Wtpc_images_blog_lomo1_large
Diana f+



.
.
.
.
.
argghhhhhhhh!!!










picit LIKE kalau suka ^___^

15 November 2010

Panas betul cerita bekas Permaisuri Agong Siti Aishah nie

Saya ada dua benda nak tanya dekat korang. 


Nombor satu, Ingat lagi tak Permaisuri Siti Aishah? Bekas Permaisuri Agong dulu..kalau tak ingat jugak, tengok betol-betol gambar kat bawah nie.


Ingat tak? Kalau tak ingat jugak tak tau nak kate ape. Tibatiba emo pula.haha


Nombor dua, korang ingat lagi tak pakcik ni? Kalau yang suka dengan cerita hantu (gua x layan) mesti biasa tengok pakcik ni dekat tv. dulu-dulu..

uncleseekers
Hai, nama pakcik Uncle Seekers


sekarang tengah hot panas meletop orang dok bercerita pasal kontrobasi pakcik seekers ni dengan Permaisuri Siti Aishah (PSA). Tak tahu lah ape motif pakcik ni tiba-tiba pula keluarkan cerita macam ni. Mungkin pakcik ni:

1) Propaganda menjatuhkan PSA 
2) Publisiti murahan. eh, sangat murah okey pakcik!
3) Tiada kerja sebab tiada hantu dah sekarang
4) Dia ingat dunia sekarang dah tiada undang-undang
5) Menunjukkan skill hebat superimpose
6) Ramai orang akan terjah belog dia!  Jeles tau dengan pakcik

Ape2 pun, tak baik tau pakcik. Kalau pakcik ada masalah, banyak lagi cara lain kau buleh setel. 

Nanti hantu datang cekik nak? 

wallahualam~











picit LIKE kalau suka ^___^

12 November 2010

Diam-diam

Tilu - Diam-Diam 

Wajah yang tampan
Sunggu menawan
Dan juga kaya ku suka dia
Tapanya kaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya

Saat kau menghampiri diri ku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin kau tahu

Sunggu menawan
Dan juga kaya ku suka dia
Tapanya kaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya

Saat kau menghampiri diri ku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu

Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku Ingin kau tahu

Saat kau menghampiri diri ku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu

Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin kau tahu


Tilu Band





picit LIKE kalau suka ^___^

Itulah Sayang

The Ramlees – Itulah Sayang


Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra


The Ramlees
The Ramlees: From left- Najwa,Liyana (Estrella), Amirah (Tilu)


picit LIKE kalau suka ^___^

10 November 2010

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber: Hj Abdul Samad

p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

picit LIKE kalau suka ^___^

05 November 2010

PENGUMUMAN

Pengumuman! Pengumuman!

 Siapa yang punya anak bilang aku...hahahambikau lagu Cari Jodoh pulak intro kali ni. 

Para bloggers, stalker and whatsoever please do not hesitate to drop your link under of my big bang header. FOC

Thank You


picit LIKE kalau suka ^___^

02 November 2010

CornettoLove

Nak tidur saya teringat dekat dia, 
Bangun tidur saya teringat dekat dia,
Tengah makan saya teringat dekat dia,
Tengah kerja pun saya teringat dekat dia.

Oh sayangku idaman kalbu dinda,



Ipod Sentuh (Touch)
dengan mamat dekat bawah ni :




Ipad..!!



Sesungguhnya dinda sudah lama bermimpikan kanda,tapi mimpi tinggal mimpi.... Fulus dinda belum cukup untuk membayar harga kanda. Kenapakah kanda begitu demand sehinggakan meletakkan harga yang cukup mahal? Walhal kanda hanyalah seketul gadget sahaja. Bukan sedap pun kalau makan. 


Lebih berbaloi lah kiranya dinda melaburkan wang simpanan dinda yang tidak seberapa ini untuk membeli eskerim Cornetto. Kerana dengan memakan (?) eskerim Cornetto yang pelbagai perisa ini, kalau bernasib baik dinda dapat menang kanda-kanda semua secara PERCHUMA sahaja! Haha


Untuk pengetahuan kanda, semua ahli keluarga dinda ialah penggemar eskerim Cornetto ini. Terutama sekali Bonda. Jarang sekali Bonda belanja kami ayam KFC atau beger McD,ini kerana Bonda lebih suka beli eskerim Cornetto untuk kami. Oleh kerana itu,mulai hari ini kami akan MAKAN, KUMPUL sebanyak mungkin penutup eskerim Cornetto 


dannnnn....


akhirnya kanda akan menjadi milik dinda selama-lamanya..Hahaha (gelak evil)


Contest ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat jelata. Tuan hamba semua boleh baca dekat SINI atau tengok iklan dibawah:



jaga-jaga, kanda akan dinda tuntut nanti...heheh




picit LIKE kalau suka ^___^

::Mari Exchange Alamat Rumah::