02 November 2010

CornettoLove

Nak tidur saya teringat dekat dia, 
Bangun tidur saya teringat dekat dia,
Tengah makan saya teringat dekat dia,
Tengah kerja pun saya teringat dekat dia.

Oh sayangku idaman kalbu dinda,



Ipod Sentuh (Touch)
dengan mamat dekat bawah ni :




Ipad..!!



Sesungguhnya dinda sudah lama bermimpikan kanda,tapi mimpi tinggal mimpi.... Fulus dinda belum cukup untuk membayar harga kanda. Kenapakah kanda begitu demand sehinggakan meletakkan harga yang cukup mahal? Walhal kanda hanyalah seketul gadget sahaja. Bukan sedap pun kalau makan. 


Lebih berbaloi lah kiranya dinda melaburkan wang simpanan dinda yang tidak seberapa ini untuk membeli eskerim Cornetto. Kerana dengan memakan (?) eskerim Cornetto yang pelbagai perisa ini, kalau bernasib baik dinda dapat menang kanda-kanda semua secara PERCHUMA sahaja! Haha


Untuk pengetahuan kanda, semua ahli keluarga dinda ialah penggemar eskerim Cornetto ini. Terutama sekali Bonda. Jarang sekali Bonda belanja kami ayam KFC atau beger McD,ini kerana Bonda lebih suka beli eskerim Cornetto untuk kami. Oleh kerana itu,mulai hari ini kami akan MAKAN, KUMPUL sebanyak mungkin penutup eskerim Cornetto 


dannnnn....


akhirnya kanda akan menjadi milik dinda selama-lamanya..Hahaha (gelak evil)


Contest ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat jelata. Tuan hamba semua boleh baca dekat SINI atau tengok iklan dibawah:



jaga-jaga, kanda akan dinda tuntut nanti...heheh




picit LIKE kalau suka ^___^

2 comments:

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::