24 December 2010

Nikon Basic Workshop 2010

okey,cukup seminggu. itu memang target saya untuk publish kan cerita nie. 

"pergh,ko pehal nak target2 bagai? kau hengat kau blogger meletop?"

Hahhaha,adakah saya kisah?? (ayat sopan sikit pagi2 nie)

Baiklah, sebenarnya last week saya telah attend satu photography workshop yang dianjurkan oleh Nikon Malaysia. Klik SINI and baca sampai habis kalau nak tahu kenapa. Hehe. Workshop tu diorang buat dekat Royal Guest House,Kota Bharu. So pagi-pagi buta lagi kitorang dah kena bangun and siap2 nak pergi sana. Kuala Krai ke Kota Bharu adalah mengambil masa satu setengah jam ye puan-puan. Oh ye, kitorang disitu bermaksud kami se-family lah. Tapi cuma saya sorang je pergi workshop,yang laen seronok sakan pergi shopping T___T

Saya dimaklumkan bahawa registration bermula pukul 8.00 pagi dan workshop start pukul 9.00 pagi. Mujurlah sempat sampai pukul 8.55am..lepas check check, rock rock untuk daftar session diorang bermurah hati lah pulak bagi setiap sorang sehelai t-shirt =) Thanks Nikon!


Workshop tu dikendalikan oleh Mr. Mahfooz from Nikon Malaysia. Sekotak kau dia bawak kamera. Macam-macam model ada. Yang paling saya teruja sekali model D3x kalau tak silap. yang gedabak punye tuh. Berat nak mam..Haha. Sepatutnye workshop nie untuk D3100 sahaja tapi disebabkan banyak lagi kekosongan maka diorang buka juga penyertaan untuk model D5000,D90 and D3000. Asal kau ada DSLR Nikon,kau datang je. macam tu lah lebih kurang. 

DSLR D3X Price: RSP RM 29,988.00 (body only)
 
Mr.Mahfooz in action
Dia lah penceramah, dia jugaklah jadi model T____T


Uncle baju hitam tu adalah peserta paling tua kot. Doktor tuhh..

The Girls: Semua muda termasuk saya :)

The Lunch
Total peserta workshop tu ada lebih kurang 30 orang. Majoriti from Kelantan but ada jugak yang datang dari Melaka and Terengganu. Ada doktor,cikgu,engineer and students jugak. Between the seminar, Mr.mahfooz ada buat some quiz jugak. Sape yang dapat jawab soalan dia, dapat survinior from Nikon tau. Hadiah paling gempak sekali yang kami 'paksa' dia bagi ialah speed light yang harganya  lebih kurang RM1,200. Nasib baik xde sape yang boleh jawab. Kalau tak, naya je dia kene ganti balik harta company tuh. By the way, workshop nie adalah sangat-sangat berbaloi okey sebab dah la bayar murah pastuh dapat macam2 ilmu pulak tu. Sesuai sangat la untuk newbie macam saya nie. 



Thanks Nikon! Hope to see you again in Kelantan =)



p/s: sesiapa tahu pasal workshop photography in Kelantan, please let me know okey. Banyak lagi nak kene belajau nih. Kalau takde aral melintang pukang boleh la pergi.Hehe


picit LIKE kalau suka ^___^

6 comments:

  1. bila nak amek gambar aku nihh?? haha

    ReplyDelete
  2. @fairuz:

    ko macho sgt lah,aku jadi Parkinson kalau shoot gmbr ko.Hahak

    ReplyDelete
  3. mahalnye.....zatie punye tu brp ribu? akak mampu pkai kamera hp cokia jer...huhu

    ReplyDelete
  4. fuiiyyooo siap gi workshop tu.. msti da power kan kan

    ReplyDelete
  5. @So Shy Lady: saya punya murah je kak..hehe

    ReplyDelete
  6. @z@!m: hoi2,perli ke hape nih? Haha
    belum powerrrr lagi lah..

    eh,kamu ialah zaim yang lompat cambest tu kan? cun siot..pasti juara,then bagi saya menang number dua okey.hehe

    ReplyDelete

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::