16 January 2011

best gila kentang, pelajar di empat buah sekolah dekat Singapore dapat iPad seketul sorang!

SINGAPURA: Empat sekolah di Singapura mula mengedarkan peralatan iPad Apple kepada pelajar dalam usaha membebaskan mereka daripada bebanan membawa buku teks dan nota.
Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang membelanjakan kira-kira RM320,500 membeli 50 unit iPad untuk 140 pelajar serta 10 guru dalam projek percubaan berkenaan.

Pengguna iPad diberi kemudahan sambungan ke Internet untuk memuat turun bahan bacaan dan pembelajaran yang diperlukan.


Ia turut digunakan sebagai tempat catatan serta latihan.

Pelajar sekolah itu, Chloe Chen, 14, berkata kemudahan itu sangat praktikal baginya.


“Guru hanya menyatakan laman sesawang tertentu untuk kami layari dan serta-merta proses pembelajaran dapat dijalankan,” katanya.


Dekan kemasukan sekolah berkenaan, Seah Hui Yong, berkata iPad dipilih kerana ia sesuai dengan kaedah pembelajaran terkini.

Pelajar juga, katanya, lebih bebas belajar sendiri berbanding terpaksa bergantung kepada guru semata-mata melalui pembelajaran konvensional.


“Ia bukanlah kerana alat itu, tetapi disebabkan kelebihan yang ada padanya.

“Jika nanti ada alat lain yang lebih baik, kami akan beralih menggunakannya pula,” katanya.


Selain Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, turut menggunakan iPad adalah Sekolah Menengah Tampines, Sekolah Rendan Nanhua dan Sekolah Menengah Dunman. - Reuters



Front, back, and side views of iPad Wi-Fi.


nota bawah: perghh! bestt siot. nak pergi sekolah Singapore lah macham nie T____T


picit LIKE kalau suka ^___^

6 comments:

  1. ( baca ala-ala pantun )Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang....lebih baik dapat i-pad sorang sebiji....hehehehehhe..

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaaaaaaa!! nak sekolah balik la..wee

    ReplyDelete
  3. @Fadzli Amir

    hahah, hebat pantun ko :P

    ReplyDelete
  4. @NOOR FATIN

    jom pergi dftar skolah dkt S'pore. hehe

    ReplyDelete
  5. kaya betui dorang ni. Aku pn tak mampu nak beli ipad.. iphone pun tadak

    ReplyDelete

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::