05 January 2011

Cara-cara mengelakkan Lens mahal anda daripada dijangkiti kulat atau fungus


Seperti yang anda sedia maklong maklum, musuh utama Lens ialah kulat atau fungus. Menatang2 jahat tersebut amattt mudah tumbuh di permukaan kaca lensa apabila berada dalam keadaan lembab. Nak tahu tak macam mana rupa paras kulat bila dia dah melekat dekat lens korang? 


ngeri takk??
Jika lensa anda telah di suspect ada jangkitan kulat, maka anda hanya ada dua pilihan sahaja.
(1) Keluarkan belanja yang banyak untuk buang kulat jahat tersebut
(2)  Kalau dah kes kritikal sangat, apa yang anda boleh buat ialah, campak lens anda ke laut sebab dah tak boleh guna T_____T


Oleh itu, cara yang paling berkesan ialah dengan meletakkan camera anda dalam DRY BOX. Apekah itu dry box? Dry box ialah kotak kering. Haha. Betul lah, dah nama pun dry box kan. Ia digunakan untuk mengawal kelembapan yang sesuai untuk kamera anda. Kelembapan yang sesuai ialah dalam lingkungan 40%-50% kelembapan. Dekat Malaysia ni kadar kelembapan adalah sangat tinggi iaitu dalam lingkungan 70%-90% 
dan sangat lah tidak sesuai untuk membiarkan kamera anda di dalam almari atau di dalam beg tanpa penyerap lembapan. 

CHOPP!!
Cepat pergi check camera masing2!! Mintak2 xde kulat singgah T____T


OK DAH, DATANG SINI BALIK..


Harga seketul dry box itu yang paling murah ialah RM248 yang paling mahal tak payah tanya lah ek. Boleh pergi rujuk dekat web ShaShinki. Kat bawah ni ialah contoh rupabentuk dry box tersebut:
AIPO Analog Series AS-21L Dry Cabinet (21L) - Black
AIPO Analog Series AS-21L Dry Cabinet (21L) - Black

Tapi macam tak berbaloi pulak kalau setakat ada sebuah DSLR murah macam saya nih T___T tapi tetap nak jaga baik-baik bagai ditatang minyak yang penuh (konon). Kalau anda ada camera mahal, berbaloi lah jugak beli seketul dry box. Hehe

Tapiii (tapi lagi) ada cara yang lebih ekonomi dan lebih murah iaitu buat sendiri dry box anda! Okey puan-puan, bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1) sebijik tupperware bersaiz besar & kedap udara (RM20)
2) segulung soft sheets anti-mould (RM14)


3) Thirsty Hippo (RM6) *boleh guna sehingga 2 bulan sahaja


4) Hygrometer (RM38)/yang lebih murah pun ada


Cara-cara nak buat dry box tu pulak macam ni: 

1) Letak soft sheet tadi dalam tupperware
2) Pasang hygrometer macam gambar di atas
3) Masukkan Thirsty Hippo
4) Dan susun barang2 camera awak dalam tupperware itu!
5) Dah siap! Hehe


Senang je kan? Kalau senang pergi buat sekarang (cakap dekat diri sendiri T___T)
Resepi kejayaan ni sumber dari Christopher Sam & a fun dee  

Thanksss!




picit LIKE kalau suka ^___^

6 comments:

  1. wah ni mst photographer pro eh..bleh la tgkp gmbr sy..hehe

    ReplyDelete
  2. @Syafiq Rosli

    erkk! tak capai tahap pro lg lah....beginner je, baru nak kenal lens & flash. heheh

    ReplyDelete
  3. bestnyer klu dpt own sbijik dslr =D

    ReplyDelete
  4. @fathia elmira

    beli lah satu..hehe
    sekarang byk pilihan ada..

    ReplyDelete
  5. @fathia elmira

    cepat pergi menabung skg.hihi

    ReplyDelete

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::