31 January 2011

ENTRY KHIDMAT MASYARAKAT MENGENAI PERGOLAKAN DI BUMI MESIR

Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci.  Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY. Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana.


1) Huru-hara hampir di semua tempat di Mesir. Ramai yang terkorban & cedera parah.

2) Internet & talian komunikasi disekat. Menyukarkan orang ramai untuk terus berhubung.

3) 6000 banduan terlepas dari penjara. Dah macam kes "Prison Break" terbesar setakat ini. Agak-agak apa yang diorang buat setelah lama meringkuk dalam penjara tu? Scary dowh kalau nak fikir. Tak mungkin mereka insaf.

4) Pelajar Malaysia dirogol & dirompak. Rumah mereka diceroboh dan tinggal dalam ketakutan. Harap Kerajaan Malaysia atau pihak yang terlibat dapat mengambil langkah sewajarnya.

5) Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan. Nak makan pun susah sebab mana ada kedai nak bukak bila keadaan dah kecoh-kecoh macam ni.

6) Bloggers seluruh Malaysia, take note! Kita mohon supaya Kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini.

7) Sebar-sebarkan berita ini. Doakan keselamatan rakyat Malaysia disana.

8) Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:


1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
3. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir


Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini. Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari Cik Zatie.







picit LIKE kalau suka ^___^

4 comments:

  1. salam..
    berdoa moga selamat pelajar kita disana

    ReplyDelete
  2. yeah..rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  3. @pak long

    aminn,sama-sama kita doakan mereka

    ReplyDelete

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::