10 January 2011

Gambar isteri baru Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Semalam, Buletin Utama ada menyiarkan berita tentang isteri baru Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul taib Mahmud dengan seorang wanita Lubnan. Mak oi, cun jugak lah. Pandai Tan Sri pilih yer.heheh. Bagi yang tak tahu, Tan Sri kita ni telah kematian isteri pertama beliau iaitu Puan Sri Laila Taib pada April 2009 lalu akibat penyakit kanser. Meh kita cekidout berita perkahwinan diorang. 


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun di kediaman rasminya di Demak Laut, Kuching.  Majlis yang diadakan  secara tertutup itu tidak membenarkan sebarang pihak media untuk memasuki kawasan untuk membuat sebarang liputan.


perkahwinan ketua menteri serawak
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dinikahkan oleh Mufti Sarawak kira-kira jam 9.30 malam di kediaman rasminya di di Demak Laut, Kuching

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.


wanita Lubnan cantik

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir. Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.


wanita Lubnan seksi

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.  "Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari," katanya. Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.

[kredit]



notakakiaku: Selamat Pengantin Baru ye Tan Sri, Puan Sri.... Kami doakan semoga kalian bahagia sampai bila-bila =)




picit LIKE kalau suka ^___^

3 comments:

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::