14 January 2011

Maa, Kau Harus Ada

Salam Jumaat to all my beloved followers, silent readers, stalkers and friends. Kali pertama terhidu bau contest Anugerah Khas dari cikgu sudirman tu , ikhlas cakap...mula2 tergerak nak join contest ni sebabnya ialah aku tertarik dengan hadiah tempat pertama dia yang merupakan wang tunai RM200 (mata duitan sungguh!) Lepas tu....... (mari baca sampai habis)


Kemudian, bila dah baca syarat-syarat penyertaan yang mengkehendaki peserta buat entry tentang IBU, MAMA, EMAK, BONDA, MOK, MUMMY atau MEK kita, aku terus tersentap dan terfikir. Sepanjang aku berbelog bagai nih, pernah ke aku buat entry pasal mak aku?? 

Puas laa aku dok belek2 dekat SITU, SANA, SINI dan SINI JUGA. Nasib baik ada, malah banyak lagi entry yang aku selitkan cerita Maa aku ni. Kalau rajin, boleh godek sendiri okey. Hehe. Maknanya tak macam si Tanggang sangat lah aku ni. Tapi kali ni aku nak buat entry khas untuk bonda yang ku panggil Maa...Puan Hajjah Faridah bt Mat Hassan. 

ZATIE & MAA: KENANGAN ZAMAN DULU-DULU
kalau nak cerita semua tentang zaman-zaman kecik dulu, memang pengsan lah aku nak tulis satu-satu. Tapi ringkasanya, aku ni suka suruh Maa bercerita apa yang aku selalu buat tyme kecik-kecik dulu. Yelah, mana kita ingat kan, so Maa akan cerita kerakusan aku yang tersedak makan kerepek (nasib baik tak arwah tau T___T), cerita tentang mainan itik kegemaran aku, cerita tentang buku cerita yang aku suka baca, cerita tentang kenakalan aku contenng dinding rumah dan cerita kegembiraan aku kali pertama masuk tadika dan darjah 1 serta banyak lagi. nanti aku buat entry lain. hehe

[DSC_0588.JPG]
NADI KU

ZATIE & MAA: PERLU KE ADA SOALAN KENAPA KITA SAYANG MAK?
Bagi aku, soalan macam ni tak perlu ada sebab siapa kat dunia ni tak sayang mak kita? Aku sayang mak aku lebih dari nyawa aku sendiri. Bagi kami adik beradik, semenjak arwah abah tinggalkan kami untuk selama-lamanya, beliau lah Maa dan beliau jugalah Abah kami. Hari Ibu kitorang wish dekat Maa, Hari Bapa pun kitorang wish dekat Maa. Tak tahu macam mana dah nak ucap terima kasih dekat Maa sebab beliau banyak sangat dah berkorban tenaga, masa, wang ringgit untuk kami adik beradik. Apa jua keinginan kami, Maa akan cuba tunaikan. Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur dikurniakan ibu semulia ini..!!

[DSC_3002.JPG]
KAMI SAYANG MAA

ZATIE & MAA: ANTARA ANGAN-ANGAN & IMPIAN 
sebagai seorang yang kuat berangan, aku ada banyak impian atau boleh diklasifikasikan sebagai angan-angan untuk Maa. Maa aku pulak suka laa nak layan cerita berangan aku nih. Haha. 

Angan-angan yang pertama ialah, aku bukan nak hantar Maa pergi Mekah, lagi pun beliau dah sempat pergi dengan arwah abah sebelum ni. Tapi aku ada impian untuk pergi bersama-sama dengan Maa ke Mekah untuk buat umrah atau haji (Insyallah kalau ada rezeki). 

Namun, ada lagi satu angan-angan yang aku rasa kauorang mungkin akan gelak. Angan-angan aku yang kedua ialah, kalau aku ada rezeki sambung Master dekat Australia nanti, Maa ialah orang yang WAJIB ikut aku. Aku cakap dekat Maa: 

Takkan Maa nak biar Zatie pergi sorang2 pulak kan..lagi pun sape yang nak masak untuk Zatie dekat Austalia nanti = =" 

Maa aku gelak je. Sebenarnya aku serius, tak kisah la ke Aussie atau mana-mana ceruk dunia sekalipun pun...aku memang nak bawak dia ikut aku. Bukan sebab aku nak jadikan dia tukang masak, tapi aku benar-benar tak sanggup tinggalkan Maa lagi. Cukuplah aku dah tinggalkan dia sejak dari lepas SPM sampai lah aku tamat degree T___T 

Apa jua angan-angan dan impian aku, aku hanya nak buat Maa happy je. Err,jangan tanya aku pasal sambung Master tu sebab itu semua angan-angan je = ="

ZATIE & MAA: PERISTIWA PALING NAKAL
tahap kenakalan aku ni bukanlah macam Shin Chan. biasalah, nakal budak2 yang serba nak tahu tyme tu. Macam aku dah cakap dekat atas tadi, antara kenakalan yang aku buat ialah aku suka sangat conteng. Masa tu umur 6-10 tahun kot. Bukan vandalisme okey! Tak kira lah dalam apa jua jenis permukaan pun, asal kan ada pen atau pensel warna dekat tangan aku nih maka 'selamatlah' semuanya. Haha. Selain dinding rumah, aku pernah conteng buku cek bapak aku, kad klinik aku sendiri (aku cuma nak tiru tulisan doktor tu je!), buku-buku Maa atau majalah tu tak payah cakap lah. Sampai sekarang Maa aku simpan lagi kad klinik tu. Hehe. 

[ma+n+ayom.JPG]
MAA & ZATIE
Last but not least, sebelum aku akhiri entry ni aku nak dedicate lagu Kau Harus Ada (Hujan Band) untuk Maa. Kalau nak download MP3 boleh KLIK SINI.

Lelah parut senyum dah jemu
Metafora cair bertemu
Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jika sendiri
Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku
Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jikaku sendiri
Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku
Kau harus ada (harus ada di sisi )
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada ( harus ada di sebelah )
Kau harus ada bersamaku

Sesungguhnya kasih sayang seorang ibu tiada bandingan dengan wang ringgit mahupun harta benda. We never know the love of our mum untill we have become to be a mum. So, teruskan teruskan dan teruskan sayangi dan hargai ibu anda, selagi mereka masih ada....


Sekian~


picit LIKE kalau suka ^___^

8 comments:

  1. mak adalah org yang paling rapat dgn kita. gudluck!

    ReplyDelete
  2. wah..ceria2 gambar2 dalam entri ni..suka tgk..yeh...teruskan menyanyangi mak anda ye...dah masukkan link blog awak ke dalam list blog join contest..tq

    ReplyDelete
  3. @NOOR FATIN

    x dpt dinafikan lg...terima kasih fatin :)

    ReplyDelete
  4. @sudirman

    kitorg smua mmg gila camera..termasuk lah si emak nya.hehe

    terima kasih cikgggguuuu :)

    ReplyDelete
  5. krm slm dgn mak ye..suka tgk muka mak..tenang je

    ReplyDelete
  6. @||aLeaSaRa||

    insyallah,nnti sy bgtau :)
    sy lagi sukaaa tgk muka beliau :))

    ReplyDelete

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::