30 August 2011

Salam Lebaran

Macam mana raya korang tahun nie? Hangat ke tak hangat? 

Ramadhan dan Syawal tahun ni sangat-sangat berbeza untuk aku. Alhamdulillah tahun ni aku dah start bayar zakat dan bagi duit raya dekat orang lain. Selalunya orang yang bagi duit raya dekat aku. Tapi nenek-nenek aku (Mok & Moktok)  tetap jugak bagi duit raya dekat aku tahun ni. Tenkiuuuu nenekkks ku sayang :)

Namun, tahun ni kali pertama Aidilfitri tanpa Tok Ayoh. Serius lain sangat rasanya bila dekat rumah Mok Tok tadi. Selalunya Tok Ayoh ialah orang yang paling bising ditambah dengan kebisingan anak cucu dia. Tapi tahun ni...suram. 

Ape pun, aku nak ucapkan Salam Aidilfitri buat korang-korang semua. Mintak maaf kalau aku ada terkasar bahasa, ter-over, ter-poyos, ter-gedik dan lain-lain. Terima kasih sangat buat korang yang sudi follow blog aku yang pucat ni. Dah la jarang sangat dah nak update. Hehhe. 

Enjoy your raya guys :)



 





picit LIKE kalau suka ^___^

No comments:

Post a Comment

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::