01 July 2012

Mari belajar peribahasa bersama Karam Singh Walia




Dah lama tak nampak abang hensem Karam Singh Walia ni kan. Eh ke aku yang jarang tengok berita -___-     Di antara beberapa peribahasa Karam Singh Walia yang selalu kita dengar selepas mengulas sesuatu perkara yang sensasi di akhir ulasannya memang unik sikit. Mesti tergelak dan ada kelas tersendiri. Tapi itulah cara beliau menyatakan sesuatu perkara yang menyakitkan mata dan hati terutama berkenaan alam sekitar.  

1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.

4. Biar lambat, asalkan tak cepat.

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

9. Secupak takkan jadi 18 cupak.

10.Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

11.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan didalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.

13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

17. Hidup segan, mati di tanam.

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

20. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.

21.Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

23. Membujur lalu melintang pukang.

24.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!

Brother Karam Singh Walia, kalau ada peribahasa ni silap jangan marah ya!...cukup suka sama brother! 


picit LIKE kalau suka ^___^

No comments:

Post a Comment

cakap-cakap dekat sini
tenkiu ^^

::Mari Exchange Alamat Rumah::